AroundMaps Logo
Search
Add Listing

About Institut Sel Fuel

Institut Sel Fuel (SELFUEL) ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Julai 2006 sebagai institusi penyelidikan sel fuel pertama di Malaysia.

Tags

Description

Institut Sel Fuel (SELFUEL) telah diluluskan penubuhannya di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada bulan Julai 2006 sebagai sebuah institut penyelidikan yang pertama di Malaysia melakukan penyelidkan sel fuel.

Institut ini mula beroperasi secara rasmi setelah Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud sebagai Pengarah yang telah dilantik oleh Naib Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Yg. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabudin pada 1 Januari 2007.

Penubuhan institut ini mencerminkan kekuatan penyelidikan sel fuel dan tenaga hidrogen di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 12 tahun yang telah berjaya menarik dana penyelidikan IRPA besar dari Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi; menerbitkan banyak kertas di dalam jurnal antarabangsa berindeks dan berimpak tinggi, dan di dalam pascasidang dan prasidang persidangan antarabangsa dan kebangsaan; dijemput membentang banyak kertas ucap utama antarabangsa dan kebangsaan dan menghasilkan banyak harta intelek sel fuel dan tenaga hidrogen.

Penubuhan Institut Sel Fuel di Universiti Kebangsaan Malaysia juga mencerminkan kekuatan penyelidikan tenaga keterbaharuan iaitu tenaga suria, tenaga hidrogen dan sel fuel di Universiti yang sudah berusia kira-kira 35 tahun.

Map

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :

Help Us to Improve :

Working Hours :

  • Monday 08:00 - 17:00
  • Tuesday 08:00 - 17:00
  • Wednesday 08:00 - 17:00
  • Thursday 08:00 - 17:00
  • Friday 08:00 - 17:00
  • Saturday -
  • Sunday -

Nearby Places :