AroundMaps Logo
Search
Add Listing

About Palapes Udara Uitm Shah Alam

Satu medium untuk masyarakat umum supaya mengenali lebih jelas berkaitan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan(PALAPES) khususnya PALAPES UDARA UITM SHAH ALAM.

Tags

Description

LATIHAN TEMPATAN - Anggota Sukarela perlu menjalani Latihan Tempatan sebanyak 240 jam dalam setahun yang diadakan di penempatan masing-masing. Ia merangkumi Latihan Asas Ketenteraan sahaja.

LATIHAN BERTERUSAN - Latihan Berterusan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak bagi tempoh berterusan 72 jam atau lebih.
1. Masa Minimum Untuk Latihan Berterusan. Setiap perancangan untuk Latihan Berterusan hendaklah tidak kurang daripada 72 jam dan pelaksanaannya mestilah berterusan.
2. Masa Maksimum Untuk Latihan Berterusan. Masa maksimum untuk Latihan Berterusan bagi seseorang Anggota Sukarela tidak melebihi 14 hari dalam setahun.

LATIHAN KEM TAHUNAN - Pihak Berkuasa Yang Layak telah membenarkan setiap Pegawai dan Anggota Sukarela menghadiri Latihan Kem Tahunan bagi suatu tempoh yang pada kebiasaannya tidak melebihi tempoh 15 hari dalam setahun. Latihan ini boleh dijalankan sama ada berterusan selama 15 hari atau dipecahkan kepada beberapa sesi atau modul tetapi tidak kurang daripada 72 jam bagi setiap sesi/modul dan jumlah keseluruhan adalah 15 hari dalam setahun.

Map

Item Reviews - 9

Anynomous

"

AIRFORCE RUN | RUN WITH US TO SKY

Siapakah insan yang bertuah pada malam untuk membawa hadiah hadiah cabutan bertuah pada malam ini?

#ROTUAIRFORCE #AIRFORCE_UITM #ROTU ... #RESERVEOFFICERTRAININGUNIT_AIRFORCE #UITM #UITMSHAHALAM #AIRFORCERUN #RUNWITHUSTOSKY #TADONAMOTRIATHLETE #TRIATHLETE #TRILIFE #LUCOZADESPORT

See More "

15 December 2023

Anynomous

"

AIRFORCE RUN : Run With Us To The Sky 🏃 live

"

15 December 2023

Anynomous

"

Laporan hari ke 6 kem Latihan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke 36 daripada unit PALAPES Udara UiTM Shah Alam. Bermula dengan latihan perbarisan padang kawad yang ditemani cuaca hujan lebat di sebelah pagi dan mendung pada sebelah petang. Pada sebelah malam pula pegawai kadet menyertai Forum Perdana di Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam dan seterusnya penyatuan watikah di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC).

"

02 August 2023

Anynomous

"

Mulai dari hari ini, sebahagian pegawai kadet PALAPES Udara UiTM Shah Alam telah melaporkan diri bagi mengikuti latihan istiadat pentauliahan diraja UA ke 36. Selain itu, pegawai kadet dari seluruh semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak telah berkampung di UiTM Shah Alam untuk membuat penyatuan selama 2 minggu yang akan bermula esok, sebelum mereka ditauliahkan pada 12 Ogos 2017.

"

28 July 2023

Anynomous

"

Haritu admin pegi LIMA kat Langkawi. So, admin nak share video sikit kat sini. The most beautiful air show from Black Eagle Acrobatic Team of Republic Of Korea Air Force (ROKAF) yang menggunakan pesawat jenis T-50B buatan Korea sendiri.

"

27 March 2023

Anynomous

"

Untuk tontonan umum. Kalau weekend tak tahu nak buat apa, korang cari la something nak buat. Jangan terperap je kat bilik. Masa muda jangan pernah sia-siakan simpankan sebagai memori jadikan polaroid. (baca ke nyanyi?)

"

15 November 2023

Anynomous

"

Temui kami di Booth Palapes Udara bertempat di Pejabat Kokurikulum pada minggu ini dari Jam 9.00 Pagi - 4.00 Petang.

Jumpa anda di sana!

Airforce... We are One 👮🏻✈️

See More "

20 September 2023

Anynomous

"

Hari bertemu pelanggan di UITM Puncak Alam. Kepada yang berminat untuk sertai kami PALAPES UDARA, anda di jemput hadir untuk sesi PROMO malam ini di DATC UITM SHAH ALAM pada pukul 8.30 malam.

"

30 August 2023

Anynomous

"

Tahniah diucapkan kepada Lt M Muhammad Faiz Bin Md Rasid PSSTUDM di atas kejayaan beliau menjadi kadet terbaik bagi PALAPES Udara UiTM Shah Alam.

"

23 August 2023

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :

Help Us to Improve :

Location / Contacts :