AroundMaps Logo
Search
Add Listing

About Specialist Tint Shah Alam - Umashi Resources

PAKAR PENEBAT HABA 99% UV PROTECTION.
Revolusi TINTED MUDAH-ALIH
Sesuai Untuk Semua Cermin Kenderaan,Kediaman,Pejabat.

Tags

Description

Apa itu Tinted Mudah Alih HQ - Umashi Resources?

Umashi Resources (SA0327241-D) ditubuhkan pada 2014, merupakan sebuah syarikat bumiputera yang sentiasa komited dan berusaha untuk menjadi sebuah syarikat terkemuka dalam industri pembekal filem penghadang haba yang mengandungi anti-UV yang tinggi serta menawarkan khidmat pemasangan yang bertaraf proffesional. Ini menunjukkan kami sentiasa memberi layanan terbaik dalam membantu dan mengatasi masalah penggunaan tinted pada masa kini.

Kami menggabungkan sekumpulan usahawan muda bumiputera yang berpengalaman bagi mengembangkan lagi perniagaan ini bersama-sama. Oleh sebab itu, kami di Umashi Resources sentiasa ingin membuka peluang kepada individu, mahupun organisasi kecil sederhana serta korporat besar dalam membantu mengembangkan dan mempromosikan penggunaan produk kami iaitu ‘Tinted Mudah Alih’ secara meluas supaya ia dapat bersaing setaraf dengan produk yang berada di pasaran pada masa kini.

Penggunaan Tinted Mudah Alih merupakan satu produk baharu yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2014 lagi. Kami di Umashi Resources merupakan ‘Pencetus Revolusi Penggunaan "Tinted Mudah Alih yang pertama di Malaysia". Revolusi penggunaan tinted mudah alih memberi manfaat kepada pengguna dari segi penggunaan serta kualiti produk itu sendiri. Hal ini kerana Tinted Mudah Alih dari Umashi Resources ini telah dibangunkan dengan pelbagai ciri-ciri dan konsep yang mempunyai keistimewaan serta feadah yang tersendiri. Tinted Mudah Alih - Umashi Resources ini mempunyai lapan variasi warna pilihan, antaranya, Premium Dark Black, Premium Black, Premium Light Black, Titanium Cromax, Titanium Light Cromax, Platinum Light Green, Crystal Light Blue dan Premium Light Gray.

Kelapan-lapan warna ini mempunyai Ketahanan Sinaran Ultra Unggu (UV), Menahan Haba (IIR) dan Kadar Ketahanan Cahaya (VLT) yang tersendiri malah ia mempunyai tahap perlindungan yang tinggi dari segi ketahanan panas, anti sinar UV dan kadar penembusan cahaya. Dengan ciri-ciri serta kelebihan produk Tinted Mudah Alih dari Umashi Resources ini, ia dapat memberi manfaat serta kesan positif kepada pengguna. Terutamanya dengan harga mampu milik serendah RM100 sudah pasti memberi kepuasan kepada pengguna.

Seperti mana yang kita tahu pengunaan cermin gelap dalam kadar gelap yang tinggi dapat membantu menghalang daripada sinar UV terus masuk ke dalam kenderaan anda. Sudah pasti sinar UV akan memberi kesan negatif kepada pengguna serta objek-objek di dalam kenderaan anda menjadi rosak, bahkan kulit juga akan mengalami masalah. Apabila tahap kepanasan daripada matahari yang menghasilkan sinar UV yang tinggi kepada tubuh manusia, ia memberi kesan negatif yang sangat serius seperti kanser kulit, ‘cataracts’, malah sinar UV boleh menyebabkan kulit terbakar, berkedut, serta menyebabkan tompokan kulit bersisik dan berkerak dan beberapa lagi penyakit lain yang disebabkan oleh sinar UV.

Rentetan daripada masalah tersebut, kami di Umashi Resources mempunyai jalan penyelesaian serta kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah anda. Penggunaan Tinted Mudah Alih - Umashi Resources yang mempunyai anti-UV sehingga 99% serta bahan yang diimport khas daripada Taiwan dengan ketebalan 6mm, ia sangat sesuai digunakan dengan keadaan cuaca di Malaysia. Ia merupakan satu langkah perlindungan diri kepada pengguna yang sering terdedah kepada sinar UV terutamanya pengguna kenderaan serta cermin bangunan.

Tinted Mudah Alih ini sangat sesuai dijadikan ‘second layer’ cermin kenderaan anda untuk melindungi dari terkena panahan sinaran UV yang tinggi. Selain itu, Tinted Mudah Alih mempunyai fungsi yang istimewa seperti ia boleh boleh dipasang dan dibuka berulang kali tanpa had, dan tidak memberi kerosakan kepada tinted tersebut, malah ia diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi yang dapat menjanjikan pulangan kesan positif kepada pengguna. Bukan itu sahaja, Tinted Mudah Alih ini berkonsepkan Do It Yourself (DIY). Ini bermaksud sesiapa sahaja boleh melakukannya tanpa sebarang masalah. Hal ini kerana kaedah pemasangan tinted ini tidak mengunakan GAM dan ia tidak memerlukan glu panas untuk membuat pemasangan. Malah ia mudah untuk dipasang dan tidak memakan kos yang tinggi.

Pemasangan Tinted Mudah Alih ini hanya memerlukan air sabun atau syampu bagi tujuan pemasangan yang sempurna. Pemasangan produk ini sangat mudah dan tiddak memakan masa yang banyak. Jadi, anda tidak perlu membuang masa untuk ke kedai bagi pemasangan Tinted Mudah Alih ini. Dengan kelebihan ini dapat menunjukkan bahawa Tinted Mudah Alih ini bukan sahaja mempunyai kualiti dari segi anti-UV malah kaedah pemasangan yang mudah.

Terima Kasih.

Map

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :

Help Us to Improve :

Working Hours :

  • Monday 10:00 - 19:00
  • Tuesday 10:00 - 19:00
  • Wednesday 10:00 - 19:00
  • Thursday 10:00 - 19:00
  • Friday -
  • Saturday 10:00 - 19:00
  • Sunday 10:00 - 19:00

Nearby Places :