AroundMaps Logo
Search
Add Listing

About Waqaf Tahfiz Online

Jom Bantu Bina Kompleks Tahfiz Darul Ulum.
Wakaf secara online di www.waqaftahfizonline.com
Akaun CIMB 8601074904

Description

Jom Bantu Bina Kompleks Tahfiz Darul Ulum.
Waqaf secara online di www.waqaftahfizonline.com
Akaun CIMB 8601074904

Waqaf Tahfiz Online diwujudkan untuk membantu Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Darul Ulum mengumpulkan dana secara online bagi membangunkan Kompleks Darul Ulum yang teletak di Seremban.

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) diasaskan pada tahun 2008 oleh beberapa orang siswazah Universiti Al-Azhar, Mesir. SRIIDU bermula dengan 6 orang pelajar dengan menumpang di bangunan Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya sebagai tapak awal pendidikanmya. Sehingga kini pada tahun 2013, SRIDDU telah mempunyai 100 orang pelajar.

Ia ditubuhkan di atas kesedaran untuk melahirkan ulama yang menguasai dengan sempurna ilmu-ilmu Al-Quran dan As-Sunnah yang akan memimpin masyarakat pada masa hadapan. SRIIDU dibentuk bukan sahaja berorientasikan pendidikan agama malah mengambil kira pendidikan akademik dan kemahiran yang lain sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam. Ia ditubuhkan dengan tujuan mendidik pelajar-pelajar agar dapat menghayati kebesaran Al-Quran melalui pembacaan dan hafazan Al-Quran secara sistematik melalui ilmu-ilmu berkaitan seperti Bahasa Arab, Tajwid, Qiraat dan Taranum disamping menimba ilmu akademik seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain.

Laman web rasmi: www.sriitahfizdarululum.edu.my
Waqaf secara online di www.waqaftahfizonline.com

___________________________________________

Assalammuaalaikum,

Kami amat berterima kasih kepada yang telah memberi sumbangan dan ber'waqaf. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas. Untuk makluman, pihak sekolah memerlukan dana sebanyak RM6 juta untuk mendirikan kompleks tahfiz.

Namun begitu, pihak sekolah akan menggunakan dana yang sedia ada untuk membina bangunan kecil terlebih dahulu untuk kegunaan pelajar yang sedia ada (masih belum cukup). Diharapkan kompleks tahfiz dapat dibina dengan lebih cepat dengan bantuan dan waqaf dari orang ramai supaya lebih ramai pelajar tahfiz dapat diambil.

Mohon jasa baik kepada yang menyumbang dan ber'waqaf melalui www.waqaftahfizonline.com agar dapat mengemelkan kepada kami bukti bayaran online supaya kami dapat mengemaskini rekod dan meneruskan proses pemberian resit dan juga sijil waqaf. Terima kasih kepada yang sudah emel, kepada yang belum berkesempatan, boleh emel ke waqaftahfizonline@gmail.com.

Jazakallahukhair. Semoga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan.

Map

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :

Help Us to Improve :

Location / Contacts :