AroundMaps Logo
Search
Add Listing

About Kedai Emas On9 Malaysia

Kami beroperasi secara on9.Trusted Seller.Pelbagai design Terkini akn jadi milik anda.

Tags

Map

Item Reviews - 2

Anynomous

"

Assalamualaikum semua likers Fanpage #KedaiEmasOn9Malaysia kami akn buat hanya 1 Page shj mulai hari ini ..

Sebarang pertanyaan boleh Inbox www.facebook.com/SensationOfGoldEmas916

"

29 December 2023

Anynomous

"

💥RAHSIA EMAS💥

Secara amnya kebanyakan tokey kedai emas mengamalkan formula 3P iaitu Penyimpan, Pelabur dan Peniaga.

...

Mereka menyimpan emas kemudian mereka juga bertindak sebagai pelabur dengan membeli semasa harga emas rendah dan mengaut keuntungan bila harga emas naik bila menjual emas tersebut kepada pelanggan.

Di sini mereka menyimpan, melabur sambil berniaga. Maksudnya mereka menyimpan sesuatu barang/benda untuk kepentingan mereka sendiri (malah nilai benda yang disimpan sentiasa meningkat) disamping menjualnya kepada orang ramai jika ada permintaan.

Kebanyakan orang bercita cita untuk menjalankan perniagaan sendiri kerana kita sering mendengar hadis yang mengatakan 9/10 rezeki adalah dari bidang perniagaan. Namun tidak ramai yang ‘mampu’ menikmatinya atas pelbagai alasan. Ramai yang ingin mencapai ‘financial freedom’ tetapi tidak sanggup membayar ‘harga’nya. Ramai yang mencari jalan mudah, ringkas dan cepat. Mereka cukup taksub dengan konsep 4D (Duduk Diam Dapat Duit). Malah saya sendiri sering ditanya soalan seperti berikut:

"Kalau saya beli emas dengan syarikat puan boleh jadi kaya ke?” ”Berapakah pendapatan bulanan saya jika saya membeli RM 10K emas fizikal”.

Setahu saya tiada seorang pun jutawan tulen di Malaysia yang mencapai tahap jutawan dengan cara begitu mudah. Bagi saya, selidik dengan teliti sebelum menyertai mana-mana peluang perniagaan atau pelaburan. Jangan pandang pada janji-janji manis tetapi pandang pada fakta-fakta yang sahih melalui kajian. Untuk formula 3 P yang diamalkan oleh tokey-tokey kedai emas iaitu penyimpan, pelabur dan peniaga saya sarankan anda menyelami maksud yang tersurat dan tersirat apa yang di maksudkan dengan

“kita menyimpan sesuatu barang/benda yang sentiasa meningkat nilainya kemudian menjualnya kepada orang lain bila ada permintaan”.

Inilah dinamakan Laba Emas Salah satu barang/benda yang menepati kata kata di atas adalah emas fizikal kerana emas tiada tarikh luput atau ‘expiry date’ malah semakin lama di simpan semakin tinggi nilainya. Patutlah emas dan perak di kenakan zakat. Malah dalam Al Quran, banyak ayat yang menyentuh perihal emas dan perak. Tingginya darjat emas bukan di dunia malah di syurga penghuninya juga di anugerahi dengan emas.

Berbalik kepada kisah rahsia tokey emas tadi, kalau emas yang mereka miliki tidak terjual sekali pun mereka tidak akan rugi kerana emas yang mereka miliki dianggap sebagai simpanan/aset untuk masa depan yang nilai sentiasa meningkat. Ada yang mengeluh

“siapa nak beli emas kerana harganya yang makin mahal”.

Betul harga emas memang mahal dan akan bertambah mahal dari hari ke hari namun orang tetap membelinya terutama mereka yang celik emas. Perhatikan kedai kedai emas lain semakin banyak dan tidak pernah tutup walaupun pelanggannya tidak lah seramai pelanggan yang mengunjungi pasar malam. ....semoga jadi Amalam..BELI SIMPAN dan NIAGAKAN..(BSN)

#Assalamualaikum & #SelamatPagi #JutawangEmas

See More "

28 November 2023

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :

Help Us to Improve :

Location / Contacts :