AroundMaps Logo
Search
Add Listing

Map

Item Reviews - 4

Anynomous

"

Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha. Semoga ibadah dan pengorbanan dalam apa jua perkara yang kita lakukan akan diterima dan diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah 😊

"

21 August 2023

Anynomous

"

AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU 👇👇👇

Samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat.

1. Azan... Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam...

Sumber Tips Hias Rumah

See More "

01 August 2023

Anynomous

"

Cerita pagi tadi. Site visit di Dungun bagi pembinaan banglo setingkat (3 bilik tidur, 2 bilik air). Langkah seterusnya ialah proses penyediaan pelan untuk dapatkan kelulusan daripada pihak PBT. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.

"

11 May 2023

Anynomous

"

Atap Gajah (SCG Roman Tile) adalah jenis atap yang akan kami gunakan bagi projek rumah mampu milik RM89k.

Atap jenis ini semakin mendapat perhatian dan menambat hati pemilik rumah masa kini.

Sedikit info tentang atap gajah ini :

...

1. Formula baru tanpa asbestos (ketebalan 6mm) yang lebih lasak, kukuh dan kuat.

2. Sesuai untuk semua jenis rekabentuk bumbung.

3. Dijamin produk ECO

4. Sistem penapisan aliran bunyi dan haba 5 kali lebih sejuk daripada atap genting konkrit dan atap asbestos.

5. Sistem pemasangan U-Lock adalah antara yang terbaik untuk mengelakkan kebocoran dan kerosakan akibat angin yang kuat.

Kredit : Akubig - KT Branch - Innovative Building Material

See More "

26 March 2023

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :

Help Us to Improve :

Location / Contacts :