AroundMaps Logo
Search
Add Listing

About Masjid Ar-Rahman Bukit Kuang

MASJID AR-RAHMAN KAMPUNG BUKIT KUANG .

Description

Rasmi Masjid

Masjid Ar-Rahman Kampung Bukit Kuang, Kemaman merupakan antara 49 buah masjid yang dibina di Daerah Kemaman. Bagi memenuhi keperluan penduduk dan menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah setiap tahun, masjid yang bernilai RM3 juta itu dibina dan mampu menampung kira-kira 1,500 orang jemaah pada satu masa. Majlis perasmian masjid tersebut telah diadakan pada Mac 2012 yang lalu oleh Sultan Terengganu, DYMM Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda menamakan masjid tersebut dengan nama Masjid Ar-Rahman dan bertitah agar tindakan segera perlu diambil dan dilaksanakan bagi menarik lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid. Mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Saleh.

Di samping itu, Baginda turut bertitah supaya pihak berwajib termasuk jawatankuasa masjid mengadakan program yang boleh menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan di masjid. Selain itu, pihak jawatankuasa juga perlu memastikan segala kemudahan dan binaan masjid di kawasan masing-masing harus dijaga untuk memudahkan umat Islam menggunakan kemudahan yang disediakan. Dalam majlis perasmian itu juga Sultan Mizan turut menyampaikan tauliah kepada 10 orang pendaftar, jurunikah dan imam masjid mukim bagi Daerah Kemaman. Baginda turut bersolat Jumaat bersama hampir 1,000 jemaah yang diimamkan oleh Mufti Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Alias Abdullah. Dengan adanya kemudahan untuk beribadat diharap penduduk dapat bekerjasama bagi menjaga kemudahan tersebut di samping mengimarahkannya dengan aktiviti dan program keagamaan yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak. (KK14: 5 April 2012)

Map

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :

Help Us to Improve :

Nearby Places :