AroundMaps Logo
Search
Add Listing

Masjid Tok Ku Tuan Besar - Rasmi

0

About Masjid Tok Ku Tuan Besar - Rasmi

Masjid Tokku Tuan Besar terletak kira-kira 0.5 (½) kilometer dari Pekan Cabang Tiga dan kira-kira 3 kilometer sahaja dari Bandar Kuala Terengganu.

Tags

Description

Masjid Tokku Tuan Besar terletak kira-kira 0.5 (½) kilometer dari Pekan Cabang Tiga dan kira-kira 3 kilometer sahaja dari Bandar Kuala Terengganu. Asalnya adalah sebuah surau yang diasaskan oleh Syed Muhammad bin Zainal Abidin Al Idrus atau dikenali ketika itu dengan panggilan ‘ Tok Ku Tuan Besar’.

Dari semasa ke semasa bangunan ini diperbesarkan menjadi masjid, iaitu dibina dari bahan-bahan kayu dan batubata yang diambil dari Sungai Losong secara gotong royong oleh penduduk-penduduk tempatan, termasuk binaan sebuah menara dari bahan-bahan bata tanah liat bersimenkan putih telur yang akhirkan disimenkan sebagaimana bentuknya yang ada sekarang ini. Adalah dijangkakan, pengubahsuaian surau ini bermula selepas tahun 1800 masehi secara berperingkat-peringkat.

Sehinggalah sekarang,ahli jemaah masjid ini selain daripada penduduk kampung Tok Ku ialah penduduk-penduduk kampung-kampung berdekatan iaitu kampung Tok Kaya, Maqam Lama, Kubang Buyung, Seberang Baruh, Padang Hiliran , Simpang Tok Ku serta kampung-kampung kecil lainya, termasuk Kampung Pak Bang, Kampung Che Long, Titian Hangus dan lain-lain. Kira-kira 800 jemaah tetap setiap minggu.


Latar Belakang Pengasas Masjid Tokku:

Pengasasnya, Syed Muhammad bin Zainal Abidin Al Idrus atau terkenal dengan nama ‘ Tok Ku Tuan Besar’ lahir di Kampung Cabang Tiga (Kampung Tok Ku sekarang) pada tahun 1211 Hijrah iaitu sehari selepas kewafatan(kematian)bapanya.

Ayahnda Tok Ku Tuan Besar, Syed Zainal Abidin adalah seorang keturunan Syed yang datang dari Tarem Hadramaut melalui Jawa (Indonesia sekarang) dan di katakan menantu kepada Syed Mohammad bin Ahmad Al Idrus (Tok Ku Maqam Lama) yang pusaranya sekarang berada di Kampung Maqam Lama.


Kewafatan (kematian) Tokku Tuan Besar:

Tok Ku Tuan Besar wafat pada malam Isnin 17 Muharram 1295 Hijrah bersamaan 1878 Masehi ketika umurnya 84 tahun dan di maqamkan di belakang Masjid Tok Ku.

Setelah meninggal dunia, masjid tersebut terus dihidupkan oleh beberapa orang anak cucunya dan diimami oleh anak cucunya, dan yang paling lama, iaitu antara tahun 1935 sehingga tahun 1993 itu 58 tahun ialah cucunya Allahyarham Tuan Hitam (Syed Saggaf) bin Tuan Sayyid (Syed Ahmad) yang meninggal dunia pada 24 Oktober 1993 (Al Fatihah).

Dalam tempoh inilah (1935 – 1993) masjid tersebut diubahsuai bangunannya berperingkat-peringkat, yang pada mulanya kerajaan hanya memperuntukan RM 10,000.00 sahaja, tetapi dengan sumbangan orang ramai masjid tersebut terbina dengan megah dan indahnya seperti sekarang.

Pada akhir tahun lima puluhan, Baginda Al Marhum Sultan Ismail Nasruddin Shah telah meletakkan batu asas bangunan baru yang diperuntukan RM 10,000.00 oleh kerajaan negeri, dengan usaha Pengerusi Jawatankuasa pembinaanya ketika itu, Allahyarham Dato’ Haji Engku Muhsein Abdul Kadir dengan usahasama beberapa orang jawatankuasa lainya, antaranya ialah Allahyarham cucu-cucu Tok Ku Tuan Besar, iaitu Tuan Hitam (Imam), Tuan Dalam, Engku Wook Abdul Kadir, Engku Embong Abdul Kadir serta lain-lainya termasuk penduduk Kampung Tok Ku seperti Allahyarham Haji Muhamad Abdullah (Mat Nafisah), Tuan Haji Yaakub (India Muslim), Tuan Haji Ibrahim (Al Yunani) dan lain-lain.

Map

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :

Help Us to Improve :

Location / Contacts :

Nearby Places :