AroundMaps Logo
Search
Add Listing
Description

Stadium Olimpik Fisht adalah sebuah stadium terbuka di Sochi, Rusia. Terletak di Taman Olimpik Sochi dan dinamakan sempena Gunung Fisht, stadium berkapasiti 40,000 orang ini telah dibina untuk sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk di mana ia menjadi arena utama untuk majlis perasmian pembukaan dan upacara penutupan.
Direka oleh Populous dan syarikat perundingan reka bentuk Buro Happold dari British, bumbung stadium dibina daripada anggaran 36,500 m² etilena tetrafluoroetilena dan telah direka dengan bumbung puncak bersalji. Dengan penjuru stadium yang terbuka di bahagian utara, membenarkan pandangan langsung terhadap Pergunungan Krasnaya Polyana, dan dek atas terbuka di selatan, membolehkan pemandangan Laut Hitam dapat dilihat dari dalam stadium.
Dengan kos pembinaan mencecah AS$ 779 juta, ia telah dibuka pada tahun 2013. Selepas sukan Olimpik melabuhkan tirainya, kompleks stadium ini akan bertindak sebagai pusat latihan dan perlawanan setempat untuk pasukan bola sepak kebangsaan Rusia. Stadium ini juga adalah salah satu daripada 11 arena untuk perlawanan bolasepak Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal berlangsung di Rusia.

Map

Add Reviews & Rate item

Your rating for this listing :

Help Us to Improve :

Location / Contacts :